Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Jumlah Kerugian Babit Penipuan Pelaburan Emas Kripto Meningkat

Diterbitkan: 23 Sep 2024 1.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pelbagai produk kosmetik tidak berdaftar dan daging khinzir seberat empat tan dikesan cuba diseludup masuk ke negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-jumlah-kerugian-babit-penipuan-pelaburan-emas-kripto-meningkat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:17 MYT
Kuala Lumpur, 23 September 2024 - “Tiada jalan mudah untuk mengaut keuntungan berganda menerusi sebarang bentuk pelaburan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf.

Peringatan itu diberikan berikutan masih ramai individu yang terpedaya dengan janji manis ‘sifu' pelaburan yang ditemui di media sosial.

“Janganlah percaya pelaburan di media sosial ini terutama yang memaparkan kemewahan melampau, tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan wang.

“Nasihat saya, tolonglah jangan percaya (pelaburan media sosial), sama ada di Facebook, Telegram atau mana-mana media sosial dan saya berani cakap tidak ada yang betul,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, jumlah kerugian membabitkan penipuan pelaburan emas dan kripto mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu yang mencecah lebih RM117 juta di seluruh negara membabitkan 443 kertas siasatan dibuka sejak Januari sehingga Jun lalu.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar Harian Metro di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2024 1.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM