Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Rampasan Risalah Buku Al Arqam Doktrin Sesat Masih Subur

Diterbitkan: 23 Sep 2024 2.23 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.32 PM
Di Kelantan, puluhan buku berkaitan doktrin diperjuangkan organisasi itu dikesan ditanam di tepi sungai berhampiran kediaman kumpulan itu di Kampung Panji, Kota Bahru, Kelantan selain ada yang dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti selain mengelak dirampas pihak berkuasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rampasan-risalah-buku-al-arqam-doktrin-sesat-masih-subur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:26 MYT
Kuala Lumpur, 23 September 2024 - Penemuan ratusan buku dan risalah berkaitan ajaran al-Arqam dalam serbuan dilakukan di premis berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di beberapa negeri kelmarin menjadi satu lagi bukti penting organisasi itu dipercayai masih berkiblatkan ajaran yang pernah difatwakan sesat pada 1994 itu.

Di Kelantan, puluhan buku berkaitan doktrin diperjuangkan organisasi itu dikesan ditanam di tepi sungai berhampiran kediaman kumpulan itu di Kampung Panji, Kota Bahru, Kelantan selain ada yang dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti selain mengelak dirampas pihak berkuasa.

Bukti tersebut diperoleh menerusi serbuan di sebuah penempatan keluarga pengurusan tertinggi GISBH di kampung itu yang menempatkan tiga rumah dipercayai dihuni 30 orang termasuk isteri kedua dan lebih 20 kanak-kanak.

Di Melaka pula, ratusan buku dan barangan berkaitan ajaran sesat ditemukan dalam serbuan ke atas 19 premis berkaitan GISB termasuk 12 gambar pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad, 138 buku berkaitan al-Arqam dan jadual zikir Aurad Muhammadiyah.

Sementara itu Op Global hari ini memasuki fasa keempat dengan gerak gempur bagi mengesan saki baki anggota kumpulan yang mengeksploitasi kanak-kanak dan agama itu diperhebat hampir di seluruh negeri di Semenanjung.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar Harian Metro di lampiran.

May be an image of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2024 2.23 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.32 PM