Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Jenayah Online Rm2 7 Bilion Hangus Dalam 11 Bulan

Published: 09 Dec 2025 3.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman berkata, jenayah telekomunikasi merekodkan kes tertinggi dengan 28,698 kes daripada keseluruhan kes yang dilaporkan diikuti jenayah e-dagang sebanyak 14,881 kes.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-jenayah-online-rm2-7-bilion-hangus-dalam-11-bulan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:35 MYT
Kuala Lumpur, 9 Disember 2025 - Sebanyak 67,735 kes jenayah dalam talian membabitkan nilai kerugian lebih RM2.7 bilion direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh Januari hingga November tahun ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman berkata, jenayah telekomunikasi merekodkan kes tertinggi dengan 28,698 kes daripada keseluruhan kes yang dilaporkan diikuti jenayah e-dagang sebanyak 14,881 kes.

“Penipuan pelaburan tidak wujud turut menjadi antara penyumbang utama kerugian dengan mencatatkan 9,296 kes, manakala 8,029 kes pinjaman tidak wujud, 5,853 kes jenayah e-kewangan dan 978 kes ‘Love Scam’ turut dicatatkan.

“Jumlah kerugian akibat pelaburan tidak wujud merekodkan jumlah tertinggi iaitu lebih RM1.37 bilion, diikuti jenayah telekomunikasi (RM715.7 juta), jenayah e-kewangan (RM458.1 juta) dan e-dagang (RM123.7 juta).

“Selain itu, pinjaman tidak wujud (RM59.1 juta) dan ‘Love Scam’ (RM43.7 juta),” kata dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi jabatan berkenaan, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 09 Dec 2025 3.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM