Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Guna Kenderaan Mewah Yakinkan Mangsa Melabur Janjikan Pulangan Lumayan

Published: 20 Jun 2024 1.51 AM Updated: 15 Aug 2026 8.07 PM
Difahamkan, kereta terbabit digunakan suspek ketika berurusan dengan mangsa dalam usaha bagi meyakinkan sasaran mereka melabur dengan syarikat kumpulan terbabit.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-guna-kenderaan-mewah-yakinkan-mangsa-melabur-janjikan-pulangan-lumayan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:37 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Guna Kenderaan Mewah Yakinkan Mangsa Melabur Janjikan Pulangan Lumayan
Home / Article / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Guna Kenderaan Mewah Yakinkan Mangsa Melabur Janjikan Pulangan Lumayan
Back to Library
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Guna Kenderaan Mewah Yakinkan Mangsa Melabur Janjikan Pulangan Lumayan

Difahamkan, kereta terbabit digunakan suspek ketika berurusan dengan mangsa dalam usaha bagi meyakinkan sasaran mereka melabur dengan syarikat kumpulan terbabi...
Kuala Lumpur, 20 Jun 2024 - Polis menyiasat penggunaan sebuah kereta Bentley oleh kumpulan yang didalangi Datuk Seri bagi meyakinkan mangsa untuk melabur dalam pembangunan projek teknologi hijau, biodiesel, teknologi nano dan sektor pembinaan.

Difahamkan, kereta terbabit digunakan suspek ketika berurusan dengan mangsa dalam usaha bagi meyakinkan sasaran mereka melabur dengan syarikat kumpulan terbabit.

Kenderaan terbabit turut digunakan sebelum ini oleh seorang pensyarah wanita sebuah universiti yang dilantik sebagai penasihat kepada kumpulan terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan berkaitan kenderaan terbabit.

“Siasatan berkaitan kes membabitkan penipuan pelaburan teknologi dan satu lagi kes penerbit filem yang ditipu projek perumahan masih dalam siasatan.

“Kedua-dua suspek terbabit setakat ini masih belum ditahan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of car and text that says 'Kuala Lampur menyiasat peng- gunaan olch basi mangsa projek Skuad Harian Metro am@hmetro.com.my Bentley 'um
ArticlePublished 20 Jun 2024 1.51 AMUpdated 15 Aug 2026 8.07 PM