Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Dua Kes Scam Dalam Sejam 68 Kes Sehari

Diterbitkan: 05 Feb 2024 8.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bagi tahun 2019, sebanyak 17,668 kes dilaporkan dengan kerugian berjumlah lebih RM769 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-dua-kes-scam-dalam-sejam-68-kes-sehari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:21 MYT
Kuala Lumpur, 5 Februari 2024 - Jenayah penipuan dalam talian mencatatkan sebanyak 125,387 kes dengan nilai kerugian yang dialami mangsa lebih RM4.17 bilion dalam tempoh lima tahun sejak 2019.

Kes ini melibatkan jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, "love scam", jenayah e-dagang, serta pinjaman dan pelaburan tidak wujud.

Berdasarkan kiraan yang dibuat dalam tempoh sehingga tahun 2023 itu, sebanyak 68 kes direkodkan sehari. Untuk tempoh satu jam pula sekurang-kurangnya dua kes dicatatkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bagi tahun 2019, sebanyak 17,668 kes dilaporkan dengan kerugian berjumlah lebih RM769 juta.

Katanya, tahun berikutnya jumlah kes mencatatkan peningkatan laitu 21,488 kes dengan kerugian RM657 juta, manakala tahun 2021 merekodkan 26,257 kes membabitkan kerugian RM698 juta.

"Untuk tahun 2022, JSJK menerima 25,479 kes melibatkan kerugian RM851 juta.

"Jumlah kerugian pada tahun 2023 akibat jenayah penipuan online ini terus melonjak ke angka tertinggi iaitu mencecah RM1.2 bilion dengan 34,495 kes," katanya eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'RUGI KENA SCAM HAMPIR SAMA KOS BINA MERDEKA 118 Jenayah penipuan dalam Pengarah Jabatan Siasatan talian ter
ArtikelDiterbitkan 05 Feb 2024 8.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM