
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Duta Arab Saudi Ke Malaysia
Kuala Lumpur, 5 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Arab Saudi Ke Malay...
Kuala Lumpur, 5 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Arab Saudi Ke Malaysia, H.E Messad Ibrahim Al-Sulaim di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Terdahulu, ketibaan H.E Messad Ibrahim Al-Sulaim di perkarangan Menara 1, Bukit Aman sekitar jam 10 pagi tadi telah disambut oleh Tan Sri Razarudin dengan diiringi Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay seterusnya diberi penghormatan untuk memeriksa kawalan kehormatan utama dengan kekuatan 102 anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Mohd Zulfadly Zulkifli.
Hadir sama, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy serta delegasi Kedutaan Arab Saudi Ke Malaysia.
Jurugambar: L/Kpl Muhammad Khairul Hilmi Zaini, L/Kpl Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.




