Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Dua Hari Untung 200 Peratus Pengarah Jsjk

Published: 16 Mar 2024 6.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 16 Mac 2024 - Pelaburan tidak munasabah dengan menawarkan keuntungan sehingga 200 peratus dalam tempoh 48 jam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-dua-hari-untung-200-peratus-pengarah-jsjk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:28 MYT
 
Kuala Lumpur, 16 Mac 2024 - Pelaburan tidak munasabah dengan menawarkan keuntungan sehingga 200 peratus dalam tempoh 48 jam.
Itu antara taktik sindiket yang menyasarkan mangsa melalui jaringan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter menggunakan nama Pelaburan Amundi (Asset Management) Sdn Bhd.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil maklumat diterima, pihaknya kemudian melaksanakan operasi dan serbuan di Johor dan Sarawak pada 6 dan 7 Mac lalu.
“Dalam usaha menumpaskan kegiatan penipuan pelaburan ini, JSJK menahan 14 lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 21 hingga 70 tahun.

“Kesemua yang ditahan ini berperanan sebagai pekerja syarikat dan pemilik keldai akaun yang digunakan untuk menipu mangsa pelabur,” katanya dalam sidang media khas JSJK di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 16 Mar 2024 6.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM