Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Banyak Tawaran Pelaburan Di Telegram Adalah Palsu

Published: 26 Jul 2024 5.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 Julai 2024 - Banyak tawaran pelaburan ditawarkan melalui aplikasi Telegram adalah penipuan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-banyak-tawaran-pelaburan-di-telegram-adalah-palsu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:27 MYT
Kuala Lumpur, 26 Julai 2024 - Banyak tawaran pelaburan ditawarkan melalui aplikasi Telegram adalah penipuan.

Penegasan itu dinyatakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf memandangkan semakin banyak pihak, termasuk sindiket menawarkan pelbagai skim pelaburan menerusi platform media sosial itu.

Apa yang membimbangkan katanya, tawaran dipaparkan itu menarik minat ramai pihak untuk menyertai kumpulan aplikasi yang diwujudkan, seterusnya menjadi mangsa penipuan.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia kerap mendedahkan mengenai kegiatan penipuan pelaburan berleluasa di media sosial termasuk Telegram, namun masih ramai terpedaya manakala jumlah kerugian semakin meningkat setiap tahun.

“Dalam Telegram ada ratusan tawaran pelaburan dan mereka yang tertarik dengan kumpulan pelaburan ini akan terperdaya dan membuat pelaburan yang merugikan.

“Saya sering tekankan kepada masyarakat agar tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang bersifat ‘too good to be true’ atau indah khabar daripada rupa,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat JSJK di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
 
ArticlePublished 26 Jul 2024 5.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM