Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 900 Kes Cubaan Bunuh Diri Sejak 2020 Hingga Mac Lalu

Diterbitkan: 26 Jul 2024 3.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 Julai 2024 - Sebanyak 900 kes cubaan menamatkankan riwayat sendiri direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sejak 2020 sehingga Mac lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-900-kes-cubaan-bunuh-diri-sejak-2020-hingga-mac-lalu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:37 MYT
Kuala Lumpur, 26 Julai 2024 - Sebanyak 900 kes cubaan menamatkankan riwayat sendiri direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sejak 2020 sehingga Mac lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah dalam satu kenyataan kepada Harian Metro memaklumkan, Selangor merekodkan jumlah kes cubaan tertinggi dengan 148 kes sepanjang tempoh itu.

“Selain itu, Sarawak turut mencatatkan jumlah kes yang tinggi dengan 125 kes diikuti Johor (113 kes), Pulau Pinang (100 kes) dan Kuala Lumpur (92 kes),” katanya.

Menurutnya, PDRM sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi lain seperti pihak hospital, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bagi mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan nyawa mereka.

“Pihak polis akan mengawal lokasi kejadian dan menyelamatkan mangsa dengan bantuan keluarga atau rakan mangsa serta pihak agensi terbabit.

“Selepas berjaya menyelamatkan, mangsa akan dibawa ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Pihak hospital akan memantau keadaan mangsa sehingga mereka pulih dan dibenarkan pulang selaras peruntukkan mengikut Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615],” katanya.

Menurut kenyataan itu, antara faktor menyebabkan seseorang cuba membunuh diri adalah mengalami gangguan mental, tekanan hidup, isu kewangan serta masalah hutang serius.

“Ada juga antara mereka yang mengalami gangguan halusinasi, kemurungan, bipolar dan skizofrenia selain penyalahgunaan dadah.

“Selain itu, ada juga yang bertindak sedemikian kerana terlalu kecewa, putus cinta dan hilang sumber pendapatan atau pekerjaan,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 26 Jul 2024 3.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM