Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Bank Muamalat Pdrm Kerjasama Banteras Scammer

Diterbitkan: 22 Jun 2023 4.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.24 PM
Alor Setar, 22 Jun 2023 - Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) berkolaborasi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan program Jelajah Kempen Anti Scam untuk membanteras jenayah komersil termasuk penipuan melalui telefon.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-bank-muamalat-pdrm-kerjasama-banteras-scammer
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:15 MYT
Alor Setar, 22 Jun 2023 - Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) berkolaborasi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan program Jelajah Kempen Anti Scam untuk membanteras jenayah komersil termasuk penipuan melalui telefon.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, program yang bermula di Kedah itu diharapkan dapat menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan melindungi diri mereka daripada aktiviti penipuan itu.

“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif ini bersama PDRM. Apabila individu dibekalkan dengan pengetahuan dan maklumat untuk mengenal pasti penipuan, mereka boleh melindungi aset hasil titik peluh mereka.

“Bermula di Kedah, konvoi motosikal ini terdiri daripada wakil PDRM, Bank Muamalat dan orang ramai. Jelajah konvoi ini sebagai simbol perpaduan dalam memerangi penipuan kewangan, menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dan meningkatkan kesedaran mereka,” katanya di sini, semalam.

May be an image of 4 people and text
 
ArtikelDiterbitkan 22 Jun 2023 4.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.24 PM