Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Ancaman Teknik Tipu Wajah Jadi Isu Global

Published: 22 Apr 2024 3.46 AM Updated: 15 Aug 2026 8.17 PM
Kuala Lumpur, 22 April 2024 - Negara memerlukan satu peraturan atau undang-undang khusus bagi mengawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI) berikutan kewujudan pelbagai ancaman akibat salah guna cabang teknologi itu seperti “deepfake”.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-ancaman-teknik-tipu-wajah-jadi-isu-global
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT
Kuala Lumpur, 22 April 2024 - Negara memerlukan satu peraturan atau undang-undang khusus bagi mengawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI) berikutan kewujudan pelbagai ancaman akibat salah guna cabang teknologi itu seperti “deepfake”.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata isu “deepfake” yang disalah guna sebagai alat jenayah dan memanipulasi konten digital untuk tujuan jahat sudah menjadi isu global dan semua pihak berusaha mencari kaedah terbaik menangani isu itu.

Katanya, kecanggihan teknologi AI yang semakin pesat mutakhir ini melahirkan media sintetik seperti “deepfake” dan perkara itu jelas mengundang masalah apabila ia disalah guna untuk tujuan jahat.

“Sememangnya ada keperluan penggubalan undang-undang khusus untuk mengawal selia teknologi AI kerana yang sedia ada tidak memadai.
“Dalam menangani landskap baharu terutama era AI, sudah tentu undang-undang sedia ada tidak memadai,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 22 Apr 2024 3.46 AMUpdated 15 Aug 2026 8.17 PM