Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Serbu Pusat Karaoke Baru Sebulan Operasi Tahan 15 Gro

Diterbitkan: 22 Apr 2024 2.36 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.17 PM
Kuala Lumpur, 22 April 2024 - Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di tingkat tiga sebuah premis di Jalan Raja Chulan, di sini yang dikesan menggaji wanita warga asing sebagai pekerja pelayan pelanggan (GRO), kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-serbu-pusat-karaoke-baru-sebulan-operasi-tahan-15-gro
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:02 MYT
Kuala Lumpur, 22 April 2024 - Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di tingkat tiga sebuah premis di Jalan Raja Chulan, di sini yang dikesan menggaji wanita warga asing sebagai pekerja pelayan pelanggan (GRO), kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, polis menahan 15 GRO wanita warga China dan seorang lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 38 tahun.
Serbuan dijalankan menerusi Op Pintas Pusat Hiburan oleh Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran), JSJ Bukit Aman, SAC Soffian Santong, berkata premis hiburan diserbu itu adalah kelab karaoke TV dan dikesan baru sebulan beroperasi.
Siasatan mendapati premis terbabit menyediakan perkhidmatan GRO untuk pelanggan berhibur dan pengurus memberikan alasan semua GRO yang bekerja di situ datang sendiri tanpa paksaan bagi mengelak ditahan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 22 Apr 2024 2.36 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.17 PM