Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan 787 Penipuan Pelaburan Tidak Wujud Januari 2026

Published: 02 Mar 2026 5.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sejumlah 787 kes penipuan membabitkan pelaburan tidak wujud direkodkan dalam tempoh sebulan pertama tahun ini, dengan kerugian keseluruhan RM115 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-787-penipuan-pelaburan-tidak-wujud-januari-2026
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:25 MYT
Kuala Lumpur, 2 Mac 2026 - Sejumlah 787 kes penipuan membabitkan pelaburan tidak wujud direkodkan dalam tempoh sebulan pertama tahun ini, dengan kerugian keseluruhan RM115 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, jumlah kes direkodkan itu menunjukkan peningkatan lapan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan 732 kes.

Bagaimanapun, nilai kerugian dialami semua mangsa hasil kes sepanjang Januari lalu menurun tujuh peratus atau RM8.4 juta berbanding RM123 juta yang direkodkan tempoh sama 2025.

“Kita harap masyarakat dapat ambil beberapa langkah untuk mengelak ditipu pelaburan tidak wujud. Antaranya dengan menyemak kelayakan, selain berhati-hati tawaran yang terlalu baik serta jangan bayar wang pendahuluan.

“Selain itu, orang ramai diminta memeriksa ulasan dan maklumat latar belakang, elakkan berkongsi maklumat peribadi secara terbuka serta membaca terma dengan teliti,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 02 Mar 2026 5.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM