
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Premis Proses Balak Tanpa Permit Diserbu Nilai Rampasan Rm5 17 Juta
Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), SAC Rosli Md Yusof berkata, serbuan dijalankan oleh Cawangan Risik PSP Bukit Aman bersama Jabatan Keselamatan Dala...
Kuala Lumpur, 2 Mac 2026 - Sebuah premis memotong dan memproses kayu balak disyaki beroperasi secara haram di Kampung Lubok Bongor, dekat Jeli, Kelantan, diserbu dalam satu operasi bersepadu, kelmarin, dengan nilai rampasan dianggarkan RM5.17 juta.
Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), SAC Rosli Md Yusof berkata, serbuan dijalankan oleh Cawangan Risik PSP Bukit Aman bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam serta Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, hasil maklumat risikan.
“Pemeriksaan mendapati premis berkenaan menjalankan aktiviti memotong dan memproses pelbagai jenis kayu hutan tanpa sebarang dokumen atau permit sah.
“Susulan itu, dua wanita tempatan berusia 38 dan 40 tahun yang bekerja sebagai kerani dan pegawai kawalan kualiti kilang ditahan bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.