
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Hebahan Hubungi Nsrc Jika Anda Adalah Mangsa Penipuan Siber
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM
National Scam Response Center (NSRC) merupakan pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, institusi perbankan serta syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi menerima laporan daripada mangsa penipuan siber.
Anda boleh menghubungi NSRC di talian 997 yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam untuk melaporkan sebarang insiden berkaitan penipuan siber.