Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Tiga Pakej Haji Babit 47 Warga Emas Jsjk Terima Tiga Laporan

Diterbitkan: 15 Jun 2025 6.21 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.58 PM
Kuala Lumpur, 15 Jun 2025 – Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima tiga laporan berkaitan penipuan pakej haji sekumpulan warga emas yang didakwa dikurung dan dipaksa meredah laluan berbahaya di Arab Saudi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-artikel-pilihan-tiga-pakej-haji-babit-47-warga-emas-jsjk-terima-tiga-laporan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:53 MYT
Kuala Lumpur, 15 Jun 2025 – Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima tiga laporan berkaitan penipuan pakej haji sekumpulan warga emas yang didakwa dikurung dan dipaksa meredah laluan berbahaya di Arab Saudi.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, tiga laporan polis itu dibuat oleh ahli keluarga jemaah yang berada di Malaysia.
Tiga laporan polis itu dibuat masing-masing dua di Mantin, Negeri Sembilan dan satu di Ayer Hitam, Johor.
"Perkara itu kini sedang diteliti dengan serius oleh JSJK dan siasatan merangkumi pelbagai elemen. Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan wujud unsur penipuan rentas sempadan.
"Keterangan dan bukti sedang dikumpul berkenaan kemungkinan sindiket tersebut bekerjasama dengan ejen tertentu atau pun tidak.
"Pihak kami menunggu kepulangan semua mangsa untuk dirakam percakapan dan mengambil tindakan selanjutnya," katanya kepada Berita Harian, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../tipu-pakej-haji-babit-47...#

 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 15 Jun 2025 6.21 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.58 PM