Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Tawar Skim Serendah Rm100

Published: 22 Oct 2023 2.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penipuan pelaburan didalangi lima individu termasuk dua wanita hasil serbuan dibeberapa lokasi sekitar Perak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-artikel-pilihan-scam-alert-tawar-skim-serendah-rm100
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:18 MYT
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penipuan pelaburan didalangi lima individu termasuk dua wanita hasil serbuan dibeberapa lokasi sekitar Perak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek berusia 28 hingga 38 tahun itu ditahan pada Selasa dan kelmarin.

Beliau berkata, serbuan dilakukan berdasarkan siasatan selepas menerima laporan polis berhubung kes penipuan pelaburan.

"Sindiket berkenaan menggunakan nama AGNC Capital Services disyaki mula beroperasi sejak pertengahan tahun ini. Sindiket mengiklankan skim pelaburan di platform media sosial dan menawarkan harga skim serendah RM100.

"Bagi setiap pakej pelaburan yang disertai, pelabur dijanjikan keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh yang singkat." katanya semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 22 Oct 2023 2.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM