Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Jalinan Kerjasama Rentas Agensi Buah Hasil Kekang Scam Menerusi Telefon 20240216

Published: 16 Feb 2024 11.13 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 16 Februari 2024 – Polis menggagalkan cubaan sindiket antarabangsa untuk mewujudkan hab pusat panggilan di Malaysia bagi menjalankan kegiatan penipuan dengan menahan empat penjenayah warga Taiwan dalam operasi khas, di dua premis di sekitar ibu negara, pada 30 Jan lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-artikel-pilihan-scam-alert-jalinan-kerjasama-rentas-agensi-buah-hasil-kekang-scam-menerusi-telefon-20240216
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:39 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Jalinan Kerjasama Rentas Agensi Buah Hasil Kekang Scam Menerusi Telefon 20240216
Home / Article / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Jalinan Kerjasama Rentas Agensi Buah Hasil Kekang Scam Menerusi Telefon 20240216
Back to Library
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Jalinan Kerjasama Rentas Agensi Buah Hasil Kekang Scam Menerusi Telefon 20240216

Kuala Lumpur, 16 Februari 2024 – Polis menggagalkan cubaan sindiket antarabangsa untuk mewujudkan hab pusat panggilan di Malaysia bagi menjalankan kegiatan pen...
Kuala Lumpur, 16 Februari 2024 – Polis menggagalkan cubaan sindiket antarabangsa untuk mewujudkan hab pusat panggilan di Malaysia bagi menjalankan kegiatan penipuan dengan menahan empat penjenayah warga Taiwan dalam operasi khas, di dua premis di sekitar ibu negara, pada 30 Jan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua suspek yang berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa negara itu kerana terlibat dengan jenayah penipuan dan jenayah terancang, ditahan selepas dua hari tiba di negara ini, hasil kerjasama pihak berkuasa Taiwan.

“Dalam operasi khas itu, polis turut menahan empat warga tempatan iaitu tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia 31 hingga 44 tahun serta merampas pelbagai barangan antaranya 12 telefon bimbit pelbagai jenama, satu set dokumen, tiga pasport serta dua kad akses.

"Polis turut menyita dua kereta daripada sindiket itu keempat-empat suspek kemudian telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia pada 13 Februari lepas untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam siding media mingguan JSJK di sini hari ini.

Bacaam lanjut di pautan seperti berikut,

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan BERNAMA

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people, speaker, dais and text

May be an image of 4 people, newsroom and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of speaker and text

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 16 Feb 2024 11.13 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM