Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Hampir Keseluruhan Skim Pelaburan Di Media Sosial Berkesudahan Kes Penipuan

Published: 07 Jun 2024 10.52 AM Updated: 15 Aug 2026 8.09 PM
Berdasarkan kes yang direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, hampir keseluruhan skim pelaburan yang ditawarkan melalui media sosial akan berkesudahan dengan kes penipuan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-artikel-pilihan-scam-alert-hampir-keseluruhan-skim-pelaburan-di-media-sosial-berkesudahan-kes-penipuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:40 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Hampir Keseluruhan Skim Pelaburan Di Media Sosial Berkesudahan Kes Penipuan
Home / Article / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Hampir Keseluruhan Skim Pelaburan Di Media Sosial Berkesudahan Kes Penipuan
Back to Library
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Hampir Keseluruhan Skim Pelaburan Di Media Sosial Berkesudahan Kes Penipuan

Berdasarkan kes yang direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, hampir keseluruhan skim pelaburan yang ditawarkan melalui media sosial aka...
Kuala Lumpur, 7 Jun 2024 - Masyarakat di negara ini digesa tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim pelaburan menerusi pelbagai medium aplikasi media sosial.

Berdasarkan kes yang direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, hampir keseluruhan skim pelaburan yang ditawarkan melalui media sosial akan berkesudahan dengan kes penipuan.

Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, secara kebiasaannya skim pelaburan itu akan menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal.

"Adalah tidak logik apabila dengan pelaburan sebanyak RM300 hingga RM500 kita akan menerima pulangan hasil keuntungan pelaburan berjumlah belasan ribu ringgit dalam tempoh tiga jam.

"Ini semua adalah taktik sindiket pelaburan yang hanya ingin memperdayakan mangsa mereka.

"Malah sindiket penipuan pelaburan akan memaparkan gaya hidup mewah, menaiki pesawat peribadi selain kononnya memiliki kediaman dan kenderaan mewah untuk memancing (memperdaya) bakal pelabur," katanya selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan, Program Latihan Asas Kepolisan di Pusat Latihan Polis, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../hampir-keseluruhan-skim...


ArticlePublished 07 Jun 2024 10.52 AMUpdated 15 Aug 2026 8.09 PM