Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Hampir Keseluruhan Skim Pelaburan Di Media Sosial Berkesudahan Kes Penipuan

Diterbitkan: 07 Jun 2024 10.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.09 PM
Berdasarkan kes yang direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, hampir keseluruhan skim pelaburan yang ditawarkan melalui media sosial akan berkesudahan dengan kes penipuan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-artikel-pilihan-scam-alert-hampir-keseluruhan-skim-pelaburan-di-media-sosial-berkesudahan-kes-penipuan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Hampir Keseluruhan Skim Pelaburan Di Media Sosial Berkesudahan Kes Penipuan
Laman Utama / Artikel / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Hampir Keseluruhan Skim Pelaburan Di Media Sosial Berkesudahan Kes Penipuan
Kembali ke Pustaka
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Hampir Keseluruhan Skim Pelaburan Di Media Sosial Berkesudahan Kes Penipuan

Berdasarkan kes yang direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, hampir keseluruhan skim pelaburan yang ditawarkan melalui media sosial aka...
Kuala Lumpur, 7 Jun 2024 - Masyarakat di negara ini digesa tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim pelaburan menerusi pelbagai medium aplikasi media sosial.

Berdasarkan kes yang direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, hampir keseluruhan skim pelaburan yang ditawarkan melalui media sosial akan berkesudahan dengan kes penipuan.

Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, secara kebiasaannya skim pelaburan itu akan menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal.

"Adalah tidak logik apabila dengan pelaburan sebanyak RM300 hingga RM500 kita akan menerima pulangan hasil keuntungan pelaburan berjumlah belasan ribu ringgit dalam tempoh tiga jam.

"Ini semua adalah taktik sindiket pelaburan yang hanya ingin memperdayakan mangsa mereka.

"Malah sindiket penipuan pelaburan akan memaparkan gaya hidup mewah, menaiki pesawat peribadi selain kononnya memiliki kediaman dan kenderaan mewah untuk memancing (memperdaya) bakal pelabur," katanya selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan, Program Latihan Asas Kepolisan di Pusat Latihan Polis, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../hampir-keseluruhan-skim...


ArtikelDiterbitkan 07 Jun 2024 10.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.09 PM