
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Kempen Anti Scam Pdrm 2022 Penipuan Dalam Talian Jadi Jenayah Komersil Utama Negara
Johor Bahru, 25 Jun 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 71,833 kes jenayah komersil yang disiasat membabitkan jumlah kerugian lebih RM5.2 bilion sep...
Johor Bahru, 25 Jun 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 71,833 kes jenayah komersil yang disiasat membabitkan jumlah kerugian lebih RM5.2 bilion sepanjang 2020 hingga Mei lalu.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, sebanyak 48,850 kes atau 68 peratus daripada jumlah terbabit adalah jenayah komersil yang membabitkan penipuan dalam talian.
"Sepanjang tempoh 2020 hingga Mei 2022, didapati sebanyak 71,833 kes jenayah komersil sudah disiasat polis dengan kerugian lebih RM5.2 bilion.
"Daripada jumlah itu, 48,850 kes (68%) jenayah komersil yang dicatatkan adalah jenayah penipuan dalam talian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 di pusat beli-belah Midvalley di sini, hari ini.
Beliau berkata, hal itu dipercayai apabila dunia berdepan pandemik COVID-19 menyebabkan penggunaan internet yang lebih meluas dan secara langsung menyebabkan penipuan atau kejadian 'scam' secara dalam talian meningkat.
"Aspek kesedaran kepada orang ramai tentang modus operandi terkini sindiket 'scam' adalah usaha berterusan PDRM dalam mengelakkan lebih ramai orang menjadi mangsa.
"Kerugian yang dialami bukan sahaja memberi impak negatif ke atas ekonomi negara malah boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial secara umumnya.
"la juga mendatangkan masalah kepada individu atau keluarga daripada aspek kewangan yang turut menjejaskan kesihatan mental serta emosi mereka yang terbabit secara khasnya," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,