Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Kempen Anti Scam Pdrm 2022 Polis Terus Komited Lawan Ancaman Jenayah Penipuan

Diterbitkan: 25 Jun 2022 12.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 25 Jun 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) terus berusaha mengatasi ancaman sindiket penipuan bagi mengurangkan fenomena "fear of scammer" dalam kalangan masyarakat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-kempen-anti-scam-pdrm-2022-polis-terus-komited-lawan-ancaman-jenayah-penipuan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:22 MYT
Johor Bahru, 25 Jun 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) terus berusaha mengatasi ancaman sindiket penipuan bagi mengurangkan fenomena "fear of scammer" dalam kalangan masyarakat.

Kempen Anti-Scam PDRM 2022 yang dirasmikan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani di South Court, The Mall, Mid Valley Southkey, di sini, hari ini merupakan kesinambungan kepada program-program pencegahan jenayah penipuan (scam) yang dilaksanakan secara berterusan oleh pihak polis.

Tan Sri Acryl Sani dalam ucapan perasmian berkata, kempen dan inisiatif tanpa henti daripada JSJK, telah mula memperlihatkan impak positif pengurangan kes melibatkan sindiket penipuan tersebut.

Jelas beliau lagi, seluruh rakyat Malaysia adalah "Duta Anti-Scam" dan penglibatan langsung komuniti dalam kempen itu amat penting dalam usaha meningkatkan lagi kefahaman serta kesedaran mengenai pencegahan jenayah komersil khususnya jenayah penipuan dalam talian.

Kempen yang memperkenalkan tanda pagar #LetsFightScammerTogether tersebut akan berlangsung pada bulan Julai hingga hujung tahun nanti, dengan pengisian melalui pameran, wawancara dan program “High Profile Policing” mengenai modus operandi jenayah penipuan yang dikesan oleh pihak polis dan cara terbaik mengelak daripada menjadi mangsa.

Selain JSJK, kempen itu turut disertai pelbagai syarikat dan agensi seperti Lazada, Shopee, Astro, Honey Well dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Selain itu, turut disediakan platform bagi memudahkan masyarakat membuat semakan atau aduan berkaitan jenayah penipuan iaitu melalui aplikasi SemakMule di Google Play Store, CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599 dan Whatsapp CCID Infoline di nombor 013-211 1222.

Masyarakat juga boleh mendapatkan pelbagai informasi terkini yang berkaitan, selain kejayaan Pasukan membanteras sindiket jenayah komersil melalui Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police.

Hadir sama dalam majlis perasmian tadi ialah Pengarah JSJK merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, para pegawai agensi kerajaan, pegawai kanan polis, rakan-rakan strategik, barisan penaja dan pengamal media.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 2 people and text that says 'EO ANTI-SCAM PDRM 2022 SMART SALERT Whatsapp CCIDINFOLINE Waktu operasi 8.00 pagi 12.00 tengah malam (Setia

May be an image of 7 people, screen, indoor and text

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing, people playing musical instruments, indoor and text that says 'HARIS SYAFIQ'

May be an image of 2 people, people sitting and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing, military uniform and indoor

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 2 people
ArtikelDiterbitkan 25 Jun 2022 12.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM