Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan 15 Syarikat Tempatan Disyaki Jadi Keldai Transaksi Kewangan Rm3 8 Bilion

Published: 03 Mar 2024 8.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 3 Mac 2024 - Sebanyak 15 syarikat yang berdaftar di negara ini, dikesan terbabit dalam transaksi kewangan yang mencurigakan ke luar negara, membabitkan nilai kira-kira RM3.8 bilion.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-artikel-pilihan-15-syarikat-tempatan-disyaki-jadi-keldai-transaksi-kewangan-rm3-8-bilion
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:54 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan 15 Syarikat Tempatan Disyaki Jadi Keldai Transaksi Kewangan Rm3 8 Bilion
Home / Article / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan 15 Syarikat Tempatan Disyaki Jadi Keldai Transaksi Kewangan Rm3 8 Bilion
Back to Library
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan 15 Syarikat Tempatan Disyaki Jadi Keldai Transaksi Kewangan Rm3 8 Bilion

Kuala Lumpur, 3 Mac 2024 - Sebanyak 15 syarikat yang berdaftar di negara ini, dikesan terbabit dalam transaksi kewangan yang mencurigakan ke luar negara, memba...
Kuala Lumpur, 3 Mac 2024 - Sebanyak 15 syarikat yang berdaftar di negara ini, dikesan terbabit dalam transaksi kewangan yang mencurigakan ke luar negara, membabitkan nilai kira-kira RM3.8 bilion.

Maklumat yang diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, menunjukkan transaksi itu berlaku dalam tempoh tiga tahun dari 2021 sehingga penghujung tahun lalu.

Pengarah JSJK, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata transaksi itu membabitkan 15 syarikat yang berdaftar di negara ini dengan wang terbabit disyaki daripada hasil kegiatan penipuan yang dilakukan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati syarikat-syarikat terbabit telah digunakan oleh sindiket penipuan untuk membuka akaun bank bagi tujuan menyalurkan wang hasil penipuan ke 43 negara di seluruh dunia.

"Berdasarkan kajian, JSJK mendapati wujud trend pendaftaran syarikat dan pembukaan akaun bank atas nama syarikat dengan tujuan untuk dijadikan keldai akaun.

"Taktik ini menjadi pilihan kerana ia membolehkan transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap dan membabitkan amaun yang lebih besar," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Portal Semakmule 2.0 di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../15-syarikat-tempatan...

ArticlePublished 03 Mar 2024 8.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM