Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammerstogether Kpn Solat Jumaat Di Masjid Annur Beri Sokongan Progam Anti Scam Jsjk
Subang Jaya, 13 Januari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menunaikan solat Jumaat bersama kariah Masjid Annur,...
Subang Jaya, 13 Januari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menunaikan solat Jumaat bersama kariah Masjid Annur, USJ 4 dekat sini.
Beliau yang juga jawatankuasa pentadbir masjid bersama-sama lebih 200 jemaah lain mendengar khutbah dan menunaikan solat yang diimamkan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor, Encik Burhanuddin Abdullah.
Terdahulu KPN yang tiba di masjid tersebut kira-kira jam 12.30 tengahari turut mendengar tazkirah Jumaat berkaitan jenayah komersil yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Korporat/Persatuan/Syarikat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, ACP Tarmizi Awang.
Seusai solat, beliau sempat beramah mesra dengan ahli kariah masjid sebelum bersama-sama meninjau ruang pameran JSJK yang memberi pendedahan tentang bahayanya jenayah kolar putih kepada masyarakat.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK, Bukit Aman, DCP Dato' Dr. Mustafa Khan Hj. Abdul Samat, Ketua POLIS DAERAH SUBANG JAYA, ACP Wan Azlan Wan Mamat bersama timbalannya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar dan Ketua Urus Setia/Perundangan JSJK, Bukit Aman, ACP Marvin Tan Seng Kian.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.