
Article
Besmartstayalert Letsfightscammerstogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Sindiket Tipu Pelaburan Forex Tumpas Pengarah Jsjk
Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Polis Diraja Malaysia menumpaskan satu sindiket antarabangsa yang mendalangi kegiatan penipuan pelaburan mata wang asing dan m...
Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Polis Diraja Malaysia menumpaskan satu sindiket antarabangsa yang mendalangi kegiatan penipuan pelaburan mata wang asing dan menahan 49 individu dalam serbuan di sebuah premis pejabat di Jalan Bukit Bintang, di sini pada 6 Februari lalu.
Mereka yang ditahan ialah dua warga tempatan dan 47 warga asing yang terdiri daripada 31 lelaki dan 18 wanita berusia antara 20 hingga 41 tahun.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai terbabit penipuan pelaburan "forex'' menyasarkan rakyat Perancis, Ukraine, United Kingdom dan Switzerland.
Beliau berkata, sindiket yang beroperasi sejak enam bulan lalu dipercayai menghantar pesanan ringkas secara rawak melalui Telegram dan laman sesawang RIACAPITAL.
“Medium itu mengandungi pautan iklan pelaburan dalam talian kepada rakyat sasaran mereka menggunakan Aplikasi Zopier dan Link CRM.
“Setelah mangsa menyatakan berminat dengan tawaran pelaburan, mereka akan diajar untuk melabur dalam skim terbabit,” katanya pada sidang media mingguan di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.