Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammerstogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Hindari Muat Naik Kandungan Negatif Dan Tipu Siber

Diterbitkan: 14 Aug 2023 2.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna media sosial di Malaysia memuat naik kandungan yang berbaur provokatif dan penuh dengan kebohongan boleh mengancam keselamatan, menimbulkan keresahan dan menggugat ketenteraman awam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammerstogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-hindari-muat-naik-kandungan-negatif-dan-tipu-siber
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:53 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammerstogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Hindari Muat Naik Kandungan Negatif Dan Tipu Siber
Laman Utama / Artikel / Besmartstayalert Letsfightscammerstogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Hindari Muat Naik Kandungan Negatif Dan Tipu Siber
Kembali ke Pustaka
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammerstogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Hindari Muat Naik Kandungan Negatif Dan Tipu Siber

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna media sosial di Malaysia memuat naik kandungan yang berbaur provokatif dan penuh dengan kebohongan boleh menga...
Kuala Lumpur, 14 Ogos 2023 - Kemajuan teknologi digital, perkembangan media sosial ternyata membawa risiko ancaman kejahatan dunia maya, terutamanya penyebaran kandungan berunsur provokasi selain sindiket penipuan dalam talian atau “scam''.

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna media sosial di Malaysia memuat naik kandungan yang berbaur provokatif dan penuh dengan kebohongan boleh mengancam keselamatan, menimbulkan keresahan dan menggugat ketenteraman awam.

Sebarang kandungan dalam talian yang bersifat palsu dan mengancam keselamatan orang ramai adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kegiatan scam juga tidak kurang hebatnya, berdasarkan Polis Diraja Malaysia, penipuan cinta atau “Love Scam'' antara penipuan tertinggi di negara ini apabila mencatatkan kerugian RM365 juta sejak 2018 sehingga Februari lalu membabitkan sebanyak 7,286 kes.

Walaupun sering dilakukan pendedahan, kes membabitkan penipuan dalam talian masih meningkat dan ia menunjukkan kadar kesedaran masyarakat berhubung jenayah sedemikian belum menyeluruh.

Pada masa sama, usah panik atau takut apabila diberitahu perkara seperti akan ditangkap pihak berkuasa kerana terbabit dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang. Hubungi atau lapor segera aktiviti mencurigakan itu melalui saluran yang disediakan oleh pihak berkuasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Kuala Lumpur: Kemajuan tek- nologi digital, risiko mudah untuk dikongsi Hindari muat naik kandungan negatif
ArtikelDiterbitkan 14 Aug 2023 2.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM