Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammerstogether Artikel Pilihan Keldai Akaun Ancaman Siasatan Jenayah Wang Haram

Published: 14 May 2024 9.10 AM Updated: 15 Aug 2026 8.12 PM
Kuala Lumpur, 14 Mei 2024 - Keldai akaun memberi 'ancaman' kepada siasatan polis berkait jenayah wang haram.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammerstogether-artikel-pilihan-keldai-akaun-ancaman-siasatan-jenayah-wang-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:51 MYT
Kuala Lumpur, 14 Mei 2024 - Keldai akaun memberi 'ancaman' kepada siasatan polis berkait jenayah wang haram.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, perkara itu merumitkan termasuk isu teknikal membabitkan sesuatu akaun yang digunakan oleh mana-mana keldai akaun dengan institusi kewangan.

"Berdasarkan analisis JSJK, keldai akaun ini bermula daripada beberapa aspek disengajakan atau sebagai akibat daripada satu perbuatan lain.

"Seperti kita tahu, terdapat segelintir masyarakat yang bertindak 'menyewakan' akaun mereka dan mendapat 'imbuhan' tanpa memgambil kira tujuan penyewa akaun tersebut sama ada untuk tujuan yang baik atau tidak baik," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Dato' Sri Ramli berkata, satu lagi situasi keldai akaun itu adalah di mana ia berlaku apabila seseorang terpedaya untuk membuat pinjaman yang mudah diluluskan tanpa cagaran seperti along.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../keldai-akaun-ancaman...

Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 14 May 2024 9.10 AMUpdated 15 Aug 2026 8.12 PM