Article
Besmartstayalert Letsfightscammerstogether Artikel Pilihan Awas Taktik Scammer Dakwa Talian Telefon Anda Akan Disekat
Petaling Jaya, 21 Disember 2023 - Masyarakat diingatkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) hanya menerima panggilan orang ramai untuk melaporkan kes penipuan...
Petaling Jaya, 21 Disember 2023 - Masyarakat diingatkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) hanya menerima panggilan orang ramai untuk melaporkan kes penipuan dan berbentuk komunikasi sehala sahaja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebarang panggilan yang mengaku daripada pihak NSRC adalah satu penipuan.
Kata beliau, sebanyak 25 laporan diterima membabitkan kes penyamaran pegawai dari NSRC melibatkan kerugian RM729,995.20 sejak Januari sehingga kini.
“NSRC tidak akan membuat panggilan kepada mana-mana individu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dato' Sri Ramli berkata, individu yang dihubungi pegawai NSRC palsu perlu segera menghubungi NSRC di talian 997 untuk melaporkan insiden yang berlaku.
“Panggilan hendaklah dibuat dalam tempoh kurang 24 jam agar peluang untuk membuat sekatan terhadap wang yang dipindahkan lebih tinggi,” ujarnya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
