Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Wanita Sunyi Lebih Ramai Jadi Mangsa Love Scam

Published: 18 Nov 2021 7.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 November 2021 - Wanita yang terlalu aktif di media sosial, kesunyian, kemurungan dan mengimpikan kehidupan di luar negara dikenal pasti kerap menjadi mangsa penipuan cinta atau "love scam".
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-wanita-sunyi-lebih-ramai-jadi-mangsa-love-scam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:26 MYT
Kuala Lumpur, 18 November 2021 - Wanita yang terlalu aktif di media sosial, kesunyian, kemurungan dan mengimpikan kehidupan di luar negara dikenal pasti kerap menjadi mangsa penipuan cinta atau "love scam".

Timbalan Pengarah (Siasatan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam, menjelaskan menerusi kajian daripada laporan kes diterima Polis Diraja Malaysia, dapat dikenal pasti beberapa golongan yang kerap menjadi sasaran sindiket penipuan berkenaan.

"Pertama, yang terlalu aktif melayari media sosial seperti Facebook dan terlalu mudah menerima permintaan untuk menjadi rakan. Itu punca mereka mudah tertarik dengan profil jejaka tampan, yang berpakaian seragam seperti tentera, juruterbang dan sebagainya sehingga menimbulkan minat dan seterusnya menjalin hubungan," katanya.

Menjelaskan demikian dalam program Wanita Hari Ini di TV3 semalam, Dato’ Sasikala Devi berkata, golongan lain adalah mereka yang kesunyian, sama ada baru kehilangan pasangan hidup, tiada teman hidup dan berhasrat mencari pasangan serta mereka yang sudah berkahwin tetapi kesunyian.

"Mereka banyak menghabiskan masa melayari media sosial untuk mengisi kekosongan, seterusnya mencari kenalan baharu untuk menghilangkan rasa sunyi. Selain itu, mereka yang "stress" (tekanan) dan kemurungan disebabkan kerja, masalah diri atau keluarga juga mudah menjadi sasaran sindiket "love scam".

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 1 person and text that says 'Wanita sunyi lebih ramai jadi mangsa 'love scam' golongan sindiket Kajian kes PDRM dedah golongan
ArticlePublished 18 Nov 2021 7.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM