
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmi Ipd Seberang Perai Tengah
Seberang Perai, 18 November 2021 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Ramli Hj. Din telah merasmikan Ibu Pejabat Po...
Seberang Perai, 18 November 2021 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Ramli Hj. Din telah merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang di sini, pagi tadi.
Majlis yang berlangsung dalam suasana norma baharu dan mengikut prosedur operasi standard seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kedah.
Turut hadir, Ketua Polis negeri, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah (Perancangan / Strategik) JPJKK, DCP Dato' Dr. Mustafa Khan Hj. Abdul Samat, Timbalan Ketua Polis negeri, DCP Dato' Fisol Salleh, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan, SAC Tuan Ahmad Subri Ahmad, Timbalan Pengarah (Fasiliti / Bekalan / Aset) Jabatan Logistik dan Teknologi, SAC Tuan Azizee Ismail, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tuan Shafee Abd Samad dan para pegawai kanan.
Sumber: PDRM Pulau Pinang