Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Polis Tahan Suami Isteri Tawar Inap Desa Tidak Wujud

Diterbitkan: 10 Jun 2022 3.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Terengganu, 10 Jun 2022 - Tindakan suami isteri membuat tawaran inap desa tidak wujud mengundang padah apabila mereka ditahan untuk membantu siasatan kes penipuan berkenaan, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-polis-tahan-suami-isteri-tawar-inap-desa-tidak-wujud
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:38 MYT
Kuala Terengganu, 10 Jun 2022 - Tindakan suami isteri membuat tawaran inap desa tidak wujud mengundang padah apabila mereka ditahan untuk membantu siasatan kes penipuan berkenaan, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, bertindak atas laporan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu menyerbu sebuah rumah di Dungun.

Menurutnya, pihaknya menahan pasangan berusia 26 dan 27 tahun berkenaan, manakala satu kad bank, telefon bimbit, kad memori dan simkad turut dirampas untuk siasatan lanjut.
"Kedua-dua suspek yang juga penganggur itu ditahan reman empat hari bermula semalam hingga 12 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Orang ramai terutama pelancong diminta lebih berhati-hati dalam membuat sebarang urusan dalam talian membabitkan urusan sewaan inap desa bagi mengelak kejadian sama berulang.

Sumber: Harian Metro

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2022 3.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM