Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Lelaki Lebih Ramai Jadi Mangsa Penipuan

Published: 03 Dec 2021 2.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 3 Disember 2021 - Lelaki lebih ramai menjadi mangsa penipuan pembelian dalam talian berbanding wanita, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang lima tahun lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-lelaki-lebih-ramai-jadi-mangsa-penipuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:22 MYT
Kuala Lumpur, 3 Disember 2021 - Lelaki lebih ramai menjadi mangsa penipuan pembelian dalam talian berbanding wanita, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang lima tahun lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, bagi tempoh 2017 hingga Oktober tahun ini, seramai 9,993 daripada 17,520 mangsa yang tertipu dengan pembelian dalam talian adalah lelaki.

"Seramai 7,527 mangsa pula adalah perempuan, semua mangsa yang terlibat berusia antara 21 dan 30 tahun," katanya di Kamar Khas Dewan Rakyat pada Khamis.
Datuk Jonathan berkata, bagi kes penipuan pinjaman tidak wujud, dalam tempoh yang sama seramai 14,884 mangsa terlibat, dengan 8,264 mangsa adalah lelaki manakala 6,620 adalah wanita.

Beliau berkata, bagi kes itu, kajian mendapati mangsa terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang pendidikan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text
 
 
ArticlePublished 03 Dec 2021 2.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM