Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Sindiket Sasar Mangsa Wanita

Diterbitkan: 03 Dec 2021 5.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 3 Disember 2021 - Sindiket "Love Scam" menyasarkan wanita sebagai sasaran utama apabila jumlah mangsa dalam kalangan mereka Iebih tinggi berbanding mangsa lelaki.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-sindiket-sasar-mangsa-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:06 MYT
Kuala Lumpur, 3 Disember 2021 - Sindiket "Love Scam" menyasarkan wanita sebagai sasaran utama apabila jumlah mangsa dalam kalangan mereka Iebih tinggi berbanding mangsa lelaki.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, seramai 3,690 wanita dilaporkan menjadi mangsa sindiket berkenaan bagi tempoh 2019 hingga Oktober 2021.
Menurutnya, keadaan itu berbeza apabila hanya 703 mangsa terdiri daripada lelaki dalam tempoh sama.

Dato' Mohd Kamarudin berkata, pihaknya menerima 4,393 laporan berkaitan sindiket "Love Scam" membabitkan kerugian lebih RM181 juta di seluruh negara bagi tempoh 2019 hingga Oktober lalu.

"Sebagai langkah untuk membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa, pihak polis sentiasa melaksanakan serbuan dan tangkapan terhadap sindiket berkaitan "Love Scam".

"Dalam tempoh itu, kami melakukan 3,213 tangkapan dengan 2,031 pertuduhan dilakukan," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text that says 'Sindiket sasar mangsa wanita Lumpurs Sindi- keadaan Selepas meraih suspek mahu (bungkusan) kepada sebagai D
ArtikelDiterbitkan 03 Dec 2021 5.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM