Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan 80 Aduan Kes Ah Long Sebulan

Diterbitkan: 11 Nov 2021 5.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Malangnya, aduan-aduan yang diterima berpunca daripada sikap mangsa sendiri yang meminjam wang daripada lintah darat sehingga menyebabkan diri mereka terjerat dengan bayaran balik pinjaman berlipat kali ganda.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-keratan-akhbar-pilihan-80-aduan-kes-ah-long-sebulan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:25 MYT
Petaling Jaya, 11 November 2021 – Purata sebanyak 80 aduan diterima Polis Diraja Malaysia dalam tempoh sebulan sejak Januari sehingga Oktober lalu membabitkan kes pinjaman ah long di seluruh negara.

Malangnya, aduan-aduan yang diterima berpunca daripada sikap mangsa sendiri yang meminjam wang daripada lintah darat sehingga menyebabkan diri mereka terjerat dengan bayaran balik pinjaman berlipat kali ganda.

Mengakui perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din memberitahu Utusan Malaysia, berdasarkan statistik dalam tempoh tiga tahun sejak 2019 sehingga Oktober lalu, sebanyak 3,149 aduan membabitkan pinjaman ah long direkodkan.

Kata beliau, kesemua aduan yang diterima adalah membabitkan pelbagai golongan seperti ahli perniagaan, peniaga, pengawal keselamatan dan pemandu grab dengan jumlah pinjaman sebanyak RM27.77 juta dalam tempoh itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran atau di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../polis-terima-80-aduan-kes.../

May be an image of 1 person and text that says 'MASZUREENHADZMAN JAYA: diterima Polis 80 aduan kes ah long sebulan STATISTIK KES SETIAP NEGERI ILONG SEHING
ArtikelDiterbitkan 11 Nov 2021 5.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM