Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Artikel Pilihan Kes Penipuan Dalam Talian Meningkat 60 Peratus Dalam Tempoh 10 Tahun Lepas Kpn

Diterbitkan: 08 Nov 2021 2.16 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menurutnya, sindiket berkenaan dilihat semakin kreatif menjalankan pelbagai modus operandi untuk menjerat mangsa hingga mereka mengalami kerugian besar membabitkan ratusan ribu ringgit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-artikel-pilihan-kes-penipuan-dalam-talian-meningkat-60-peratus-dalam-tempoh-10-tahun-lepas-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:40 MYT
Kuala Lumpur, 8 November 2021 - Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, sindiket penipuan semakin kreatif dan mengambil kesempatan daripada perkembangan teknologi canggih termasuk media sosial mengakibatkan kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 60 peratus dalam tempoh 10 tahun lepas.

Menurutnya, sindiket berkenaan dilihat semakin kreatif menjalankan pelbagai modus operandi untuk menjerat mangsa hingga mereka mengalami kerugian besar membabitkan ratusan ribu ringgit.

“Ada individu di luar sana yang menjadi mangsa sindiket penipuan namun tidak membuat laporan polis kerana merasakan jumlah kerugian yang dialami adalah kecil,” katanya dalam sidang media selepas hadir majlis pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Komersil (Jenayah Dalam Talian) 2021 di sini, hari ini.

Dato’ Sri Acryl Sani berkata, maklumat daripada laporan polis yang dibuat dalam setiap kes adalah penting untuk mengemas kini data laman Semak Mule bagi mengenal pasti sama ada akaun bank terlibat tulen atau tidak.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din berkata, jenayah penipuan dalam talian merekodkan peningkatan ketara apabila merekodkan 17,537 kes dengan nilai kerugian RM449.5 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober.

Beliau berkata jumlah itu meningkat berbanding jumlah kes direkodkan sebanyak 17,111 kes membabitkan kerugian RM510 juta sepanjang tahun lepas.

Sumber: BERNAMA

Kes penipuan dalam talian meningkat 60 peratus dalam tempoh 10 tahun lepas - KPN
ArtikelDiterbitkan 08 Nov 2021 2.16 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM