Artikel
Bermalam Di Lokap Cuba Curi Duit Tabung Kuil
Dua sahabat terpaksa bermalam di dalam lokap selepas ditahan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Kuantan kerana disyaki cuba mencuri duit t...
Dua sahabat terpaksa bermalam di dalam lokap selepas ditahan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Kuantan kerana disyaki cuba mencuri duit tabung di sebuah kuil di Jalan Bukit Ubi, Kuantan semalam.
Suspek berusia 22 dan 26 tahun itu ditahan anggota URB yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan suspek berada dalam keadaan mencurigakan.
Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek gagal memberi keterangan tujuan berada di lokasi kejadian sebelum polis mengesyaki suspek cuba melakukan jenayah curi.
Sumber : Utusan Malaysia