Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Berkongsi Tanggungjawab Pertahan Keamanan Negara

Diterbitkan: 10 Jun 2014 8.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menjelaskan, kerjasama bersama pasukan polis bantuan akan tetap diteruskan dalam usaha mencapai penurunan indeks jenayah ke tahap yang minimum..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berkongsi-tanggungjawab-pertahan-keamanan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:25 MYT
KUALA LUMPUR, 24 Januari 2011- Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menjelaskan, kerjasama bersama pasukan polis bantuan akan tetap diteruskan dalam usaha mencapai penurunan indeks jenayah ke tahap yang minimum.

        Beliau juga menyatakan kesungguhannya berkongsi tanggungjawab dan tugasan bersama polis bantuan untuk menjaga keselamatan negara dan memastikan objektif pasukan untuk menjadikan Kuala Lumpur mahupun bandar-bandar seluruh negara sebagai bandar selamat dan bebas daripada ancaman jenayah.
        
        Berucap semasa Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, beliau telah memperjelaskan istilah rutin, lumrah dan basi dalam penugasan polis sejak dulu adalah silap dan menegaskan bahawa ianya adalah tradisi penugasan yang masih relevan dan akan dikomprehensifkan mengikut keperluan dan kehendak semasa.

        Sehubungan itu, beliau menyarankan pihak polis bantuan dapat duduk semeja atau di platform yang sama, mewujudkan komitmen dalam mencapai misi dan visi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seterusnya bersama-sama membantu mencapai objektif NKRA negara dalam pengurangan indeks jenayah.

        YDH Tan Sri Haji Ismail juga menegaskan PDRM tidak akan berjuang sendirian dan perlunya sokongan bersepadu agensi-agensi seperti pasukan polis bantuan dalam memapankan struktur penugasan polis.

        Menyokong kenyataannya itu, Agensi Polis Bantuan adalah ditubuhkan di bawah Akta Polis No 40/67 dan berfungsi memberi khidmat polis ke kawasan-kawasan di mana liputan polis tidak berkesan.

        Selain itu, ia membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa polis serta membolehkan mereka membawa senjata api semasa melaksanakan tugas di dalam kawasan yang ditentukan.

        Polis Bantuan juga berfungsi sebagai unit sokongan dan bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang amat diperlukan.

        Di akhir ucapannya, YDH Ketua Polis Negara sekali lagi menyeru semua pihak terutamanya Agensi Polis Bantuan tampil kepada PDRM, berkongsi pengalaman seterusnya bersama-sama mencari jalan penyelesaian dalam melestarikan keamanan negara.

        Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Hussin b. Haji Ismail, Pengarah-pengarah PDRM dan wakil agensi-agensi polis bantuan.

Berkongsi Tanggungjawab Pertahan Keamanan Negara
YDH Ketua Polis Negara bersama Timbalannya, YDH Datuk Hussin Hj Ismail dan Y.Bhg. Haji Bakri bin Sanusi, Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia.

Berkongsi Tanggungjawab Pertahan Keamanan Negara
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar ketika menyampaikan ucapannya


Berkongsi Tanggungjawab Pertahan Keamanan Negara
Upacara pertukaran cenderamata mewakili PDRM dan Persatuan Polis Bantuan Malaysia

Berkongsi Tanggungjawab Pertahan Keamanan Negara
Minum petang di Dewan Perdana Felda

Berkongsi Tanggungjawab Pertahan Keamanan Negara
Tan Sri Haji Ismail sempat meluangkan masa beramah mesra dengan perwakilan dari persatuan Polis Bantuan 

WARTAWAN:      KONST. IRFAN BIN BUJANG
JURUFOTO:       KONST. RAYMOND
PENYUNTING:    INSP. MD ARUWAN BIN MD AMILAH
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 8.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM