Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Berita Palsu Tiada Insiden Kes Mayat Budak Perut Dikorek

Published: 01 Feb 2019 8.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tiada sebarang kejadian berkaitan kes penemuan mayat kanak-kanak dengan isi perutnya dikorek di Dusun Damai, Pagoh di sini, seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berita-palsu-tiada-insiden-kes-mayat-budak-perut-dikorek
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:05 MYT

 

Muar: Tiada sebarang kejadian berkaitan kes penemuan mayat kanak-kanak dengan isi perutnya dikorek di Dusun Damai, Pagoh di sini, seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian seperti itu.

Menurutnya, semakan juga sudah dibuat pihaknya dan mendapati kes yang ditularkan berlaku di Seberang Prai, Pulau Pinang pada 11 Januari lalu dan terdapat satu laporan polis yang dibuat berkaitan kes kehilangan kanak-kanak.

"Kes itu juga sudah selesai di mana kanak-kanak terbabit sudah ditemui selamat di sebuah pasar raya di Pulau Pinang pada 23 Januari lalu.

Berita Palsu Tiada Insiden Kes Mayat Budak Perut Dikorek
ArticlePublished 01 Feb 2019 8.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM