Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas 14 Laras Mesingan Ak47 Tiga Pucuk Pistol Tiruan

Diterbitkan: 01 Feb 2019 7.36 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tindakan sebuah taman tema di Kota Sentosa, Padawan menawarkan aktiviti rekreasi menggunakan senjata api tiruan mengundang padah apabila diserbu polis kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-14-laras-mesingan-ak47-tiga-pucuk-pistol-tiruan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:23 MYT

Tindakan sebuah taman tema di Kota Sentosa, Padawan menawarkan aktiviti rekreasi menggunakan senjata api tiruan mengundang padah apabila diserbu polis kelmarin.

Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Pelesenan Senjata Api Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan Ibu Pejabat PolisKontinjen (IPK) Sarawak jam 3.45 petang.

Dalam serbuan itu, polis merampas 14 senjata menyerupai mesingan AK47 dan tiga pucuk pistol tiruan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, serbuan itu dijalankan selepas polis menerima maklumat risikan mengenai tindakan taman tema itu menawarkan aktiviti rekreasi menggunakan senjata api tiruan.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menahan lelaki berusia 37 tahun yang juga pemilik premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati senjata yang dirampas digunakan untuk aktiviti ‘Gel Blaster’ dengan bayaran RM15 hingga RM25 setiap pemain.

“Pemain akan diberikan peluru berbentuk gel yang akan dimasukkan ke dalam kelopak senjata,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Aidil berkata, pemilik premis mengaku membeli senjata api tiruan itu dari China dengan harga RM350 hingga RM500 untuk AK47 dan RM100 hingga RM150 untuk pistol.

Katanya, senjata berkenaan ditemui disorokkan suspek di belakang kaunter bayaran.

Menurutnya, suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

Bacaan lanjut di https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/418435/cari-pasal

ArtikelDiterbitkan 01 Feb 2019 7.36 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM