Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Berhati Hati Dengan Biskut Raksasa Polis

Published: 20 May 2015 1.48 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Labuan, 20 Mei - Polis Labuan menasihati orang ramai, terutama pelajar, supaya berhati-hati dengan taktik terbaru pengedar dadah yang mencari pelanggan melalui Internet.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berhati-hati-dengan-biskut-raksasa-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:33 MYT

Labuan, 20 Mei - Polis Labuan menasihati orang ramai, terutama pelajar, supaya berhati-hati dengan taktik terbaru pengedar dadah yang mencari pelanggan melalui Internet.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata polis menahan seorang pelajar berusia 20 tahun pada 2.56 petang 17 Mei selepas ibu bapa pelajar itu membawanya ke balai polis setelah mendapati anak mereka berkelakuan pelik.

"Kami dapati pelajar itu positif ganja dan segera menahannya mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dia dibebaskan pada hari berikutnya," kata Adzhar dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati pelajar itu sering berhubung melalui media sosial dengan sekumpulan orang tidak dikenali yang menjual biskut dikenali sebagai 'Biskut Raksasa'.

"Pelajar itu menempah dua balang biskut itu, setiap satu berharga RM60," katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 20 May 2015 1.48 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM