Bergelut Halang Polis Rampas 14 Peket Heroin
KAJANG: Beberapa anggota polis bergelut dengan seorang pengedar dadah yang bertindak ganas cuba melarikan diri sejurus diberkas.
Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, suspek berusia 37 tahun ditahan dalam Operasi Cantas Khas Narkotik di kawasan perindustrian Balakong, di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek sebelum itu dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota polis yang membuat pemeriksaan menemui beg sandang berisi 14 peket dadah dipercayai heroin.
"Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952." katanya.
Sumber: Harian Metro