Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Berek Ipd Balai Polis Wilayah Persekutuan Akan Dinaik Taraf

Published: 08 Mar 2018 4.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 8 Mac 2018 - Semua berek, balai polis dan bangunan ibu pejabat polis daerah di Wilayah Persekutuan akan dinaik taraf demi memberi keselesaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berek-ipd-balai-polis-wilayah-persekutuan-akan-dinaik-taraf
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:17 MYT

Kuala Lumpur, 8 Mac 2018 - Semua berek, balai polis dan bangunan ibu pejabat polis daerah di Wilayah Persekutuan akan dinaik taraf demi memberi keselesaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kesemua bangunan itu akan dicat semula dan dibaiki.

Berucap pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama Penduduk Lembah Pantai di Perumahan Polis Desa Aman 1, Ahmad Zahid turut berjanji masalah lif yang sering rosak di perumahan itu akan diselesaikan.

“Saya telah mendapat kelulusan daripada Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) untuk menggantikan lif yang rosak ini bukan sahaja di Perumahan Polis Desa Aman 1 tetapi juga di Desa Aman 2 dan mengecat kesemua blok,” katanya.

Ahmad Zahid berkata dewan orang ramai di Perumahan Polis Desa Aman 1 juga akan dipasang pendingin hawa supaya warga PDRM dan keluarga dapat menjalankan pelbagai program dengan lebih selesa.

Hadir sama pada majlis itu Tengku Adnan dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

- BERNAMA

Berek Ipd Balai Polis Wilayah Persekutuan Akan Dinaik Taraf
ArticlePublished 08 Mar 2018 4.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM