Article
Bercakap Dengan Masyarakat Senjata Utama Polis Selangor Pe
Bercakap Dengan Masyarakat 'Senjata' Utama Polis Selangor Pe Berinteraksi dengan masyarakat merupakan 'senjata' utama kejayaan Polis Selangor menurunkan kadar...
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama)
Berinteraksi dengan masyarakat merupakan 'senjata' utama kejayaan Polis Selangor menurunkan kadar jenayah harian apabila kini hanya 74 kes dilaporkan sehari berbanding 140 kes sehari pada tahun lepas.
Ketua Polis Selangor Dato' Tun Hisan Tun Hamzah berkata, berinteraksi dengan polis sebelum ini dikenalpasti antara halangan utama bagi masyarakat, tetapi pendekatan itu telah dijadikan 'senjata' dan kemudiannya menjadi kekuatan bagi pasukan polis Selangor dalam mengurangkan kadar jenayah di 14 daerah di negeri itu.
"Dengan berinteraksi kita boleh putuskan 'barrier' yang selama ini antara punca kenapa kita sukar mengurangkan kadar jenayah".
"Kalau kita bersatu kita boleh lawan penjenayah sebab mereka ini kumpulan yang kecil," katanya kepada Bernama selepas ditemubual dalam program Kerusi Panas Radio Bernama di sini Rabu.
Beliau berkata, pihaknya sendiri perlu turun ke padang bagi mendampingi masyarakat memandangkan persepsi 'takut kepada polis' masih melanda sesetengah masyarakat di negara itu.
"Sebelum ini orang ramai takut untuk mendampingi kita, tegur kita, nampak kereta peronda takut. Ini antara perkara yang kita sedang perbaiki," katanya.
Tun Hisan berkata setiap anggota dan pegawainya telah diterapkan dengan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi sewaktu menjalani latihan dan perkara tersebut kemudian dipraktikkan dalam tugas seharian mereka.
Katanya, bermula dengan senyum, salam dan bertanya khabar kepada masyarakat, polis yakin dapat terus mengurangkan kadar jenayah dan membendung jenayah daripada berlaku.