Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Benih Kerang Bernilai Rm171 750 Dirampas

Published: 05 Mar 2015 11.45 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sabak Bernam, 5 Mac - Sebanyak 68 karung guni yang mengandungi benih kerang dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam dua serbuan berasingan, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/benih-kerang-bernilai-rm171-750-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:33 MYT
Sabak Bernam, 5 Mac - Sebanyak 68 karung guni yang mengandungi benih kerang dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam dua serbuan berasingan, semalam.

Operasi Landai yang dijalankan itu turut menahan empat lelaki tempatan berusia 36 hingga 60 tahun.

Komander ACP Mohd Yusof Abdullah berkata benih kerang yang dirampas dianggarkan bernilai hampir RM171,750.

"Serbuan pertama dilakukan di Sabak Bernam, Selangor pada pukul 1.30 petang berjaya merampas lima karung guni berisi benih kerang yang dianggarkan bernilai RM14,000.

"Manakala dalam serbuan kedua, sebuah kenderaan 'pick up' model Toyota Hilux yang membawa 63 karung guni ditahan semasa dalam perjalanan ke Kuala Gula,Taiping dari Jalan Bagan Serai, Perak,"katanya.

Menurut beliau lagi, benih kerang yang dirampas dianggarkan bernilai RM157,750.

Kesemua benih kerang dan suspek diserahkan ke Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan
Kuala Kurau untuk disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Peraturan-peraturan Pemuliharaan Kultura Kerang 2002, Akta Perikanan 1985.

Benih Kerang Bernilai Rm171 750 Dirampas
ArticlePublished 05 Mar 2015 11.45 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM