Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bengkel Latihan Hak Asasi Manusia Untuk Pegawai Pegawai Polis Asean

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bengkel ini merupakan program yang pertama di adakan oleh ASEANAPOL sejak ia ditubuhkan. Seramai 18 peserta dari Negara Asean dan 12 peserta dari PDRM telah menghadiri bengkel ini..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bengkel-latihan-hak-asasi-manusia-untuk-pegawai-pegawai-polis-asean
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:26 MYT

Kuala Lumpur - 19 Jun 2009. Majlis Penutupan Bengkel Latihan Hak Asasi Manusia Untuk Pegawai-Pegawai Polis Asean telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras. Bengkel ini telah bermula pada 15 Jun 2009 dan tamat pada hari ini.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC I Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan peserta-peserta bengkel.

Bengkel ini merupakan program yang pertama di adakan oleh ASEANAPOL sejak ia ditubuhkan. Seramai 18 peserta dari Negara Asean (Brunei, Vietnam, Filipina, Indonesia, Laos, Thailand dan Singapura) dan 12 peserta dari PDRM telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini juga adalah yang pertama di anjurkan oleh Kerajaan Malaysia bersama Sekretariat Komanwel Hak-Hak Asasi Manusia dengan tujuan melindungi hak-hak manusia di rantau Asean.

Hak-hak Asasi Manusia pernah menjadi kebimbangan di era global sekarang. Hak-hak manusia haruslah meliputi hak setiap individu. Ia merupakan satu pendekatan yang holistik dan seimbang, perlindungan yang bukan sahaja hak-hak bagi suspek-suspek, malahan juga hak-hak bagi mangsa-mangsa. Ia juga merangkumi hak-hak bagi orang yang mana undang-undang sedang dikuatkuasakan dan juga hak bagi orang yang menguatkuasakan undang-undang.

Bengkel ini amatlah penting bagi membantu pegawai-pegawai polis untuk mendapatkan satu pemahaman yang kukuh bagi asas-asas pengawasan yang menjurus kepada lebih bertanggungjawab dan berkesan. Justeru itu, bengkel ini akan pasti membawa manfaat dan menyediakan satu persefahaman yang mendalam berkaitan hak-hak manusia dan juga merungkaikan konflik-konflik daripada pelbagai perspektif yang timbul bagi memastikan keharmonian dan suasana aman dalam negara.

Bengkel Latihan Hak Asasi Manusia Untuk Pegawai Pegawai Polis Asean
Ucapan Penutupan Bengkel Latihan Hak Asasi Manusia Untuk Pegawai-Pegawai Polis Asean di Maktab PDRM Kuala Lumpur oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Bengkel Latihan Hak Asasi Manusia Untuk Pegawai Pegawai Polis Asean
Antara Pegawa-pegawai Kanan PDRM dan juga peserta-peserta bengkel

Bengkel Latihan Hak Asasi Manusia Untuk Pegawai Pegawai Polis Asean
Salah seorang peserta bengkel dari Vietnam menerima sijil dari YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Bengkel Latihan Hak Asasi Manusia Untuk Pegawai Pegawai Polis Asean
Pensyarah, Mr Clifford Craig menerima Sijil Penghargaan

Bengkel Latihan Hak Asasi Manusia Untuk Pegawai Pegawai Polis Asean
YDH Timbalan Ketua Polis Negara beramah mesra dengan peserta-peserta bengkel dari negara Asean

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM