Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bengkel Blue Ocean Strategy

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur - 3 Jun 2009. Bengkel 'Blue Ocean Strategy' telah diadakan di Maktab PDRM Cheras Kuala Lumpur. Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada Timbalan-Timbalan Pengara..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bengkel-blue-ocean-strategy
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:02 MYT

Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur - 3 Jun 2009. Bengkel 'Blue Ocean Strategy' telah diadakan di Maktab PDRM Cheras Kuala Lumpur. Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan PDRM, Ketua-Ketua Polis Daerah, Ketua-Ketua Polis Balai dan wakil-wakil daripada setiap Jabatan PDRM.

Blue Ocean Strategy ini adalah salah satu daripada Pelan Strategi Lima Tahun PDRM (PS5T). Objektif bengkel ini di adakan ialah bertujuan mengurangkan dan memansuhkan aktiviti yang secara relatif tidak menyumbang kepada peningkatan organisasi PDRM dan menumpukan kepada tindakan yang meningkatkan imej PDRM.

Pensyarah untuk bengkel ini ialah Mr. Gavin P. Fraser dari Malaysia Blue Ocean Strategy Institute.

Proses perlaksanaan konsep ini akan mengambil kira empat elemen penting iaitu ERRC (menghapuskan atau mengurangkan perkara yang tidak perlu - eliminate dan reduce, meningkatkan dan membentuk inisiatif yang memberi impak kepada organisasi - raise dan create). Ianya akan memberi fokus kepada Hot Sport dan Cold Sport.

Di peringkat ini, peserta akan mengenal pasti perkara yang perlu dan tidak perlu serta yang akan dilaksanakan sehingga mencapai matlamat. Dalam peringkat ini pastinya ada halangan namun ia akan cuba dipermudahkan melalui konsep ini.

Di antara peserta-peserta yang telah mengikuti bengkel ini ialah DCP Dato' Abdul Rahman Bin Husin, Timbalan Pengarah I Jabatan KDN/KA.

Bengkel Blue Ocean Strategy
Pensyarah untuk bengkel ini ialah Mr. Gavin P. Fraser dari Malaysia Blue Ocean Strategy Institute

Bengkel Blue Ocean Strategy
Peserta-peserta sedang mendengar taklimat pendekatan Prinsip Blue Ocean Strategy.

Bengkel Blue Ocean Strategy
Peserta-peserta dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM