Bendera Malaysia Menyelamatkan Nyawa Saya Ketika Menjadi Tahanan
Oleh : Kpl Edwind Indo
Foto : Konst Shazril Abd Rashid, L/Kpl Mohd Iqbal Nasruddin, Kpl Edwind Indo
Sepang, 9 Sept – “Bendera Malaysia telah menyelamatkan nyawa saya ketika menjadi tahanan selama enam jam oleh pemberontak tempatan Sudan sebelum dibebaskan,” ujar ASP Mohd Zuhairi bin Mohd Zubir menceritakan pengalaman sepanjang tugas misi pengaman ‘United Nation African Union Mission In Darfur’ (UNAMID).
“Saya hanya berserah kepada Tuhan dan hanya dibantu oleh juru bahasa arab ‘United Nation’ (UN) untuk berkomunikasi. Setelah menerangkan kepada pihak pemberontak tempatan misi serta rakyat tempatan Malaysia, mereka merasa bangga dan melayan saya seperti kawan,” tambah beliau.
‘United Nation African Union Mission In Darfur/South Sudan’ (UNAMID/UNMISS) terdiri daripada beberapa buah negara yang ditubuhkan di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu dan menjaga keselamatan masyarakat dan keamanan negara Sudan. Dalam usaha itu, Malaysia telah menghantar 16 wakil terdiri anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) 9 Jun 2013 tahun lalu.
Sementara itu, DSP Azlan bin A. Kudus turut menceritakan detik cemas sepanjang bertugas di Selatan Sudan. Pernah suatu ketika serangan besar-besaran ke atas pangkalan PBB oleh kumpulan pemberontak tempatan Sudan Selatan mengakibatkan dua anggota tentera batalion India telah terbunuh. Dalam serangan itu juga, dua anggota serta pegawai PDRM turut dijadikan tebusan namun berjaya diselamatkan oleh pihak operasi PBB.
“Saya sebagai seorang daripada anggota pengaman PBB merasa amat bertuah kerana Malaysia adalah sebuah negara yang hidup dalam keadaan aman damai dan bersistem jika dibandingkan negara konflik,” tambah beliau lagi.
Seramai 16 orang pegawai polis ditugaskan dalam misi PBB di Darfur, Sudan selamat pulang setelah hampir 15 bulan berada di negara tersebut.
Ketibaan mereka disambut oleh Penolong Pegawai Pengurusan (Urus Setia), ACP Abdul Majid Mohd Ali dan Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), ACP Coursesenu Ibrahim.
ACP Coursesenu Ibrahim menyambut kepulangan petugas misi PBB
Antara kumpulan pertama kumpulan petugas PBB yang selamat tiba kelmarin
Antara kumpulan pertama kumpulan petugas PBB yang selamat tiba kelmarin
Bacaan doa selamat
Antara kumpulan pertama kumpulan petugas PBB yang selamat tiba kelmarin
Ucapan Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), ACP Coursesenu Ibrahim
Bergambar kenangan
Ketibaan kumpulan kedua kumpulan petugas PBB yang selamat tiba semalam
Ketibaan kumpulan kedua kumpulan petugas PBB yang selamat tiba semalam
Ketibaan kumpulan kedua kumpulan petugas PBB yang selamat tiba semalam
Ketibaan kumpulan kedua kumpulan petugas PBB yang selamat tiba semalam
Ketibaan kumpulan kedua kumpulan petugas PBB yang selamat tiba semalam
Bergambar kenangan bersama Pegawai Pengurusan (Urus Setia), ACP Abdul Majid Mohd Ali
Pegawai Pengurusan (Urus Setia), ACP Abdul Majid Mohd Ali bersalaman dengan DSP Azlan bin A. Kudus
Ucapan Pegawai Pengurusan (Urus Setia), ACP Abdul Majid Mohd Ali
Antara rakan media yang hadir
Antara rakan media yang hadir
Ucapan DSP Azlan bin A. Kudus
Penyampaian cenderahati kenangan