Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bencana Alam Pgu Pangkalan Semenanjung Terus Pertingkat Latihan Kecekapan Menyelamat

Published: 08 Dec 2020 4.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 8 Disember 2020 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Semenanjung Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mempertingkatkan latihan kecekapan menyelamat dan operasi kemanusiaan ketika menghadapi bencana alam dalam negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bencana-alam-pgu-pangkalan-semenanjung-terus-pertingkat-latihan-kecekapan-menyelamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:49 MYT

Kajang, 8 Disember 2020 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Semenanjung Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mempertingkatkan latihan kecekapan menyelamat dan operasi kemanusiaan ketika menghadapi bencana alam dalam negara.

Menurut Timbalan Komander PGU (Operasi) Bukit Aman, SAC Tuan Noor Sham Md Jani, program Latihan Kompetensi Pembaharuan Kelayakan 'Role Winching' dan 'Underslung Cargo Net' selama dua hari di Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, baru-baru ini, menjadi medan buat 30 Pegawai Kanan dan Pemerhati Udara PGU mendapat visual jelas situasi bencana alam seperti banjir.

"Objektif latihan ini adalah sebagai persediaan bagi menghadapi kemungkinan bencana alam seperti banjir untuk membawa bekalan makanan dalam kuantiti besar dan menyelamat mangsa atau mengeluarkan mayat di lokasi berlakunya bencana", ujar beliau.

Tambah Tuan Noor Sham lagi, PDRM melalui PGU sentiasa melatih para pegawai dan anggotanya untuk siap siaga bagi diaturgerak pada bila-bila masa sekiranya berlaku bencana alam.

Justeru, melalui latihan seumpama itu juga para peserta boleh menambah pengetahuan dan ilmu berkaitan operasi menyelamat daripada jurulatih berpengalaman.

"Proses pembaharuan kelayakan seumpama ini akan menentukan kecekapan Juruterbang dan Pemerhati Udara PGU sentiasa di tahap standard maksimum dan melayakkan mereka menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," ujar beliau lagi.

Sepanjang program, sebanyak dua buah helikopter jenis AS 355 Ecureuil dan AW 139 Agusta digunakan serta sembilan jurulatih bertauliah dari PGU terlibat mengendalikan latihan.

Senarai Jurulatih PGU PDRM:

Pemeriksa Juruterbang:
1. SAC Tuan Noor Sham Haji Md Jani

Jurulatih Juruterbang PDRM:
1. Superintendan (SUPT.) Thiyagarajan Mariappan
2. SUPT. Rodzi Harun
3. SUPT. Hamdan Mohamad

Jurulatih Pemerhati Udara:
1.Sarjan Mejar (SM) Azwan Aziman
2.SM Rozita Toha

Pemeriksa Pemerhati Udara:
1.Sub Inspektor (SI) Mohd Yani Abd Malek
2. SI Borahan Bejo
3. SI Azhar Shari

Ground Safety Officer:
1. DSP Muhamad Shaiful Bahari Mat Isa

Image may contain: one or more people, sky, outdoor and nature
Sekitar sesi Latihan Kompetensi Pembaharuan Kelayakan 'Role Winching' dan 'Underslung Cargo Net' oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU).
 

Image may contain: sky, cloud and outdoor
Sesi bergambar kenangan.

Image may contain: one or more people and outdoor
Sekitar sesi Latihan Kompetensi Pembaharuan Kelayakan 'Role Winching' dan 'Underslung Cargo Net' oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU).
 


ArticlePublished 08 Dec 2020 4.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM