Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Belukar Jadi Tempat Jual Heroin

Published: 08 Dec 2017 8.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 8 Dis 2017 - Jadikan belukar sebagai lubuk jual dadah tidak lama apabila kegiatan itu berjaya dikesan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Wangsa Maju dalam serbuan di Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/belukar-jadi-tempat-jual-heroin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:36 MYT


Kuala Lumpur, 8 Dis 2017 - Jadikan belukar sebagai lubuk jual dadah tidak lama apabila kegiatan itu berjaya dikesan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Wangsa Maju dalam serbuan di Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, bertindak atas maklumat dan risikan tangkapan terhadap seorang lelaki dibuat kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, polis telah merampas satu bungkusan plastik berwarna hitam daripada suspek berusia 21 tahun itu.

"Pemeriksaan lanjut menemui 64 paket plastik disyaki berisi dadah jenis heroin seberat kira-kira 242 gram yang dianggarkan bernilai RM5,120.

"Semakan rekod telah dibuat dan dapati suspek yang dipercayai pengedar dadah di kawasan terbabit memiliki dua rekod lampau," katanya.

Mohamad Roy mendedahkan, suspek dipercayai menjadikan kawasan belukar itu untuk menjual dadah dengan harga RM50 untuk sepeket (2 gram).

Katanya, siasatan awal mendapati suspek ini telah aktif sejak enam bulan lalu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek masih direman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - SINAR HARIAN

ArticlePublished 08 Dec 2017 8.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM