Serdang, 10 Jun -
"Anak-anak muda belia inilah yang akan mewarnai sekaligus mencorakkan
masa depan negara dan majoriti daripada mereka bersama-sama dalam
meneruskan arus pembinaan negara kita serta melaksanakan transformasi
yang membina," ujar YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri
Dalam Negeri dalam ucapannya sempena merasmikan Majlis Pelancaran Skuad
Muda KDN di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), hari ini.
Majlis
ini selaras dengan komitmen dan kesungguhan pihak Kementerian Dalam
Negeri (KDN untuk mengembleng gelombang kesukarelaan di kalangan
generasi muda berbilang kaum di negara ini dan melibatkan penyertaan
agensi-agensi di bawah KDN seperti RELA, Jabataan Pertahanan Awam
(JPAM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Sukarelawan Polis IPTA
(SUKSIS).
Skuad Muda KDN ini telah dilancarkan penubuhannya
oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada
program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya baru-baru ini.
Ianya
merupakan satu pasukan sukarelawan muda yang berusia di antara 18
hingga 25 tahun, sama ada di bawah naungan atau bukan di bawah naungan
agensi KDN dan melalui skuad ini, satu pakej baru kepada golongan muda
dapat disediakan di mana mereka bertindak sebagai positif game changer
menerusi aktiviti kesukarelaan berasaskan kepada idea, kehendak dan cita
rasa mereka.
Dalam program hari ini, PDRM turut mengambil
bahagian dalam beberapa persembahan untuk dipertontonkan kepada orang
ramai, khususnya kepada golongan-golongan belia yang hadir dalam satu
objektif memberikan pendedahan dan pendidikan berkenaan dunia kepolisan
dan ketenteraman awam.
YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed
Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman
yang mewakili Ketua Polis Negara turut hadir memberikan sokongan
terhadap pelancaran program pada hari ini.
Hadir sama, YB
Dato' Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Dato'
Abdul Rahim Mohd Rodzi, Ketua Setiauasaha Kementerian Dalam Negeri dan
pimpinan-pimpinan tertinggi agensi dan jabatan di bawah Kementerian
Dalam Negeri.


Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri







Persembahan Tarian Perang Komando 69 PDRM.





Persembahan pancaragam PDRM.









Persembahan Unit K9 PDRM.




Keadaan penuh kemeriahan di Dewan A MAEPS.




Anggota PDRM turut menghiburkan peserta...


Ketibaan YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.


Mesra...Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri disambut meriah di Dewan A.


Bacaaan doa bagi memberkati majlis.



YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri menyampaikan ucapan perasmian.


Gimik pelancaran disempunakan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Bacaan Ikrar daripada wakil-wakil skuad muda KDN.

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama kumpulan koir dari Universiti Lim Kok Wing.
Wartawan : L/Kpl Irfan Bujang
Jurufoto : Konst Iqtar Azmi
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Belia Teraju Masa Depan Negara
Majlis ini selaras dengan komitmen dan kesungguhan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN untuk mengembleng gelombang kesukarelaan di kalangan generasi muda berbilang kaum di negara ini dan melibatkan pe..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/belia-teraju-masa-depan-negara
Scan to view the latest live version.